teruskan misi!
Wzulhilmi telah pun mengetag aku join contest kila ni. hishh Wzulhilmi ni. macam tahu tahu je niat aku kan? hahaha. dan dan nak tag aku ye :P dah lah hari ni (3hb Oktober) tarikh expired contest ni. masih boleh diterima lagi kan kila? kalau tak diterima, takpelah kila. jodoh kita memang tak kesampaian. hah! buat ayat tacing! ayat membodek!kila kata kalau nak join contest ni kena buat entri pengalaman yang memalukan aku sangat sangat sangat sampai aku rasa kalau terjun bangunan 10 tingkat memang tak cukup lah nak tutup kemaluan aku tu. hah! nampak kritikal ayat macam ni kan?
meh sini kila duk sebelah aku ni. aku nak cerita kat kau ni. kalau bosan, sila buat buat menguap ye. takpe, aku faham cerita aku ni mesti bosan T__T heyy heyy ini contest! kena buat menarik sikit! ayuhh kila pasang telinga!
masa aku form 2, aku ni dilantik sebagai penolong presiden kelab setia. gempak tak gempak tak ke tak gempak? sudah pasti bukan aku yang buat lantik diri sendiri, apatah kan lagi kawan kawan yang nak melantik aku. cikgu penasihat kelab tu sendiri yang melantik aku. haaaa sila lah percaya! hek elehh..baru penolong presiden (-.-")
macam biasa lah kan kelab kat semua sekolah mesti ada aktiviti bulanan mahupun tahunan. kelab setia kami kena menghadiri satu kem kat sekolah A (bukan nama sebenar) yang kalau diikutkan, sekolah A tu kategori luar bandar. sekolah kami kategori bandar dan hasilnya pelajar seperti aku telah dilahirkan (-.-")
okayy kita kembali ke Sri Pentas.
ahli kelab setia sekolah aku dalam seramai berapa belas orang ntah terpilih untuk menghadiri kem tersebut. aku ni 1st time masuk sekolah tu dan berasa amat teruja bila melihat pelajar sekolah tu. eh eh. ganas kau. aku masuk masuk sekolah tu je aku dihidang dengan herdikan dari guru disiplin sekolah tu. eh bukan aku yang kena herdik. tapi, dia herdik kat pelajar nakal kat sekolah tu. terkejut aku kila. (eh eh, macam kila sorang je yang sedang baca ni kan?)
kira aku dah tahu lah kan pelajar sekolah ni memang masalah sikit. aku tengok ahli kelab setia sekolah A (bukan nama sebenar) ni pun kadang kadang ada yang bongok bongok kuda. eh eh. bongok bongok kuda tu apa? abaikan.
macam biasalah kan ada aktiviti berkumpulan. kena bentang itu ini, cipta logo kumpulan lah, nama kumpulan mesti kena gempak bikin boom boom pow lah. alaaa korang tahu kan? macam tak biasa kannn benda benda ni semua. kikikiki.
aku (ehem ehem) sebagai penolong presiden kelab setia sekolah aku HAHAHA kenalah mengetuai group aku dalam hal hal bentang ni kan? bikin malu je lah kalau pangkat tinggi tapi, menyorok kat belakang ahli group buat buat tak nak bentang kan? POYO GILA NAK CAKAP PANGKAT TINGGI BAGAI!
aku ni pulak dulu jenis suka benor pakai brooch (butang tudung) ketat ketat kat leher ni ha. aku baru nak start intro Assalamualaikum, baru nak nganga mulut ni ha. butang tudung terus plup! tercabut nyahh. auwww~ AKU MALUUU AKU MALUUU AKU MALUUU (sebut tiga kali baru afdhal kasi aku menang contest ni)
aku dapat rasakan ahli ahli kelab dari sekolah A (bukan nama sebenar) yang jenis bongok bongok kuda semua tengah gelakkan aku. damn! aku cepat cepat nyorok belakang member aku. kila, aku bernasib baik kau bukan ahli kelab setia dari sekolah aku. aku tahu kau mesti bantai gelak kan? T___T
aku tak kisah butang tudung tu nak tercabut ke apa ke. yang aku kisah bila tudung aku melopong longgar terus bila butang tercabut. (korang boleh bayang tak) oh adinda oh kekanda. di mana daku nak sorok muka ni. dah lah terjadi kat depan budak budak separuh masak ni..wuwuwuwu T___T
damn! aku sudah mencemarkan nama baik sekolah aku hanya kerana butang tudung jeeee. sampai lah kem tu habis budak budak bongok bongok kuda tu tak habis nak membahan aku. BUTANG TUDUNG TERCABUT, BUTANG TUDUNG TERCABUT, BUTANG TUDUNG TERCABUT!! ohh annoying nya bila ulang dengar banyak kali suara suara sumbang tu. kasi sumbat kasut bata size 6 baru tahu!
KILA, I'M DONE! :)
aku kena tag 3 orang untuk join contest ni, tapi hari ni (3hb Oktober) due date nya. sempat tak nak suruh orang lain buat? aku tahu hari ni ramai yang tak update :( kila, plisss terima entri aku ni even aku tak tag 3 orang..plisss T___T
kila, kau comel lah. aku suka baca blog kau. kita geng kan? hihihihi
5 comments:
hahaha comel cerita k wanie. aku terbayang.hehehe gud luck!
Butang tudung tercabut, butang tudung tercabut.. hahahaaha...
tu lah riak bagai lagi jwatan tinggi last2 kena karma.. hahaha
btw gud luck!!
kalau lah mi ada masa tu..pasti mi gelak habis..
kah3..
xleh nak imagine ..
mula nak cakap tudung dah terlondeh..kah3
haha..malu jgk..biase lar tue..
kejdian x diduga..
oh em geeee oh em geee.kehkehkeh
tahu tahu je aku mesti gelak punya!
Post a Comment