Thursday, December 23, 2010

ini lah kerja aku setiap hari

aku: ini satu program perlindungan untuk anak anak encik.
pakcik A: perlindungan apa tu? perlindungan dari jin? syaitan?
aku: $#@^%&*!

aku: sebagai ahli cap kipas udang (bukan nama sebenar) yang terpilih
pakcik B: fuh. yang terpilih ye? hahahaha
aku: iye encik..yang terpilih (-.-")

aku: perlindungan ni sesuai untuk anak anak lagi lagi yang kecik sebab mereka mudah terdedah dengan penyakit.
pakcik C: awak ada berapa orang anak sekarang ni?
aku: saya takde anak lagi encik. belum ada rezeki dari Allah. saya tengah berusaha lah ni.
apkcik C: bagus tu. awak jangan putus asa tau.
aku: betul tu encik (-.-")

pakcik D: awak dah kahwin?
aku: encik rasa macam mana? bila dengar suara saya ni agak agak saya dah kahwin ke belum?
pakcik D: saya rasa awak dah kahwin sebab awak banyak tahu pasal rumah tangga.
aku: betul tu encik. saya dah kahwin. pandai encik teka. saya baru ada sorang anak umur dua tahun (-.-")

aku: jadi encik. boleh saya teruskan pendaftaran untuk encik?
pakcik E: nanti lah saya fikir dulu ye.
aku: encik nak fikir apa lagi? suara saya tak cukup menawan ke encik? (-.-")


banyak lagi contoh perbualan antara aku dengan encik encik di Malaysia ni. grrr. naik berdarah telinga ni. nanti kalau ada yang lebih menarik, aku kasi cerita kat sini ye? hahaha.

kerja ni seronok. tapi, kena ada sikit sabar. ada kena sikit pandai nak bodek orang. ada kena sikit nak puji orang. nak kena goda orang. eh, goda tu takde lah.


oh ye. nak jugak ada sikit tipu orang lah. sikitttttttt je. tak banyak pun :P

6 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

wani : encik nak amek pakej kami tak?
lelaki : boleh jer, tapi sayer dah ader dah ni
wani : ader aper?
lelaki : ader pakej lah
wani : ye ke?
lelaki : iye, kan sayer ni suami awak, jadi tentulah sayer dah ader pakej tu, iaitu awak...


:P

romantik skrip pendek aku wat ni? kui3....

p/s : harap2 mender ni jadi kat ko betul2, puih puih puih...ha ha ha ha

cacing said...

hahaha... lawak2.. kalo cacing tu cacing dah tokak telinga dorang.. hahahaha

TunTeja said...

hahaha!! wani.lawokkk gle kot..

take care tau.keje bek sayang :)

WZulhilmi said...

keje insurans ke??

Azmi said...

haha....wunny memmang berbakat la kalau bab menggoda ni...(".)

dyana.azhar said...

huhuhu...kelakar la wanie nie...