sebenarnya entri ini telah di-request oleh seseorang yang dirahsiakan namanya. teeettttt! hehehe. aku suka tolong orang. kalau aku ada jumpa produk okay, aku akan syorkan kepada beberapa orang kawan untuk try jugak. sebab kami mempunyai masalah yang sama iaitu muka berjerawat.
semua orang mesti rasa tak selesa kalau muka penuh dengan jerawat kan? kalau dah tumbuh sebijik pun dah rasa nak berhenti kerja sebab malu (over pulak). ada yang dah warning jangan tag gambar kat FB sebab malu dengan muka berjerawat. dulu ada kawan upload gambar aku kat FB dan tag aku. aku redha je melihatnya. hahaha lepas tu ada sorang kawan tanya kawan aku tu kenapa muka Wani berjerawat teruk tu? dengan redha nya kawan aku jawab, Wani kuat berangan -___-"
HAHAHA bengong yeee.
okayyy. hari ini aku nak memperkenalkan satu produk yang best! sangat best! highly recommended :) aku terjumpa produk ni time baca blog salah seorang budak sekolah aku dulu. apa produknya? haaaa. nanti aku akan jelaskan kat di bawah hujung entri ni nanti.
tengok tu. teruk kan bila dibandingkan dengan kawan kat sebelah aku tu? hihihi. lepas tu aku try produk Nu Skin. memang bagus dan memang berkesan dalam mematikan jerawat kat muka ni dari tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan T___T
okayyy lepas dah puas matikan jerawat, mestilah kita nak melembutkan kulit semula kan? aku pakai produk Safi Balqis ni. tengok tu. betapa hard core nya aku guna krim Safi Balqis sampai pecah pecah penutup dia T___Tanda semua boleh rujuk kepada entri ini dan entri ini untuk cerita lanjut pasal produk atas ni semua :)
okayyy. sekarang kita beralih ke era 2011 ye. cewahhhhh.
sekarang ni aku pakai pencuci Safi Balqis Perfect 10 pulak. produk ni adalah hasil upgrade dari Safi Blaqis yang dulu tu. aku pakai pencuci jenis kawalan minyak sebab muka aku ni jenis yang berminyak. dan aku juga pakai Apricot Scrub dari Safi Balqis Perfect 10. kedua dua nya amatlah memuaskan :)
dan aku juga pakai toner dari Safi Balqis Perfect 10. wangiiiiii bau dia. hikhikhik. dan juga aku pakai serum dari Safi Balqis Perfect 10. sebenarnya ni 1st time aku pakai serum. lembut je bila sapu kat muka.ada orang kata produk Safi Balqis ni membuatkan kulit kita berminyak. aku pun rasa berminyak. tapi kalau aku pakai produk lain pun berminyak juga je rasanya. sebabbbbb kulit aku jenis yang berminyak. hikhikhik. mak kata, eloklah kulit jenis berminyak. nanti bila dah tua, lambat berkedut kulit tu. holoh holoh holoh :)
dan aku rasa produk Safi Balqis ni memang sesuai sangat sangat kepada sesiapa nak mencerahkan kulit. memang betul. aku rasa kulit aku makin cerah jugak lah. HAHAHA try lah!
saya tak mampu nak beli SK-II pun :(
haaaa ini lah produk yang aku nak cerita kan dari awal tu. hikhikhik. saja nak cerita last last. kasi suspen sikit kan? produk ni namanya Colonial Dames Pure Vitamin E Oil. produk ni lah aku terbaca dari blog budak sekolah aku. lepas aku baca dari blog dia, aku Google produk ni. nak tahu jugak kot kot ada yang buat testimoni kan?memang ada jumpa jugak pasal info ni dari blog dan jugak forum. semua nya beri respon positif. so, aku pun beli lah. aku start pakai pada tarikh 9hb April 2011. lepas baca review orang orang lain, aku terus ajak ayah pergi Guardian kat Tampin ni.
eh ada pekerja lelaki Guardian kat sini hensem, cute. hikhikhik. makin rajin tau saya nak jenguk Guardian. hahaha sebab aku perasan pekerja lelaki tu dah hampir dua tahun kat sini. namanya? ohh rahsia :D meh lah singgah Guardian sini. HAHAHA iklan sekejap :P
okayy masa aku pergi tu Guardian tengah ada sale. jadi, harganya menjadi RM50.90 selepas diskaun. harga asal adalah RM59.90 (kalau tak silap). ohhh mestilah sukaaa kalau diskaun miskaun niiii. hikhikhik.
balik dari Guardian, cuci muka dan terusss pakai (gelojoh).
Vitamin E oil ni memang lain dari yang pernah aku pakai sebelum ni. aku pernah pakai Bio Oil. dia macam berbau tak best kan? lepas tu macam cair berminyak. aku hanya pakai beberapa kali je sebab macam tak boleh ngam. ecececeh. melalui pembacaan aku dari review orang lain, Bio Oil ni makan masa dua hingga tiga bulan jugak lah nak nampak kesan. mungkin bergantung kepada orang nya kan?
dan aku jugak pernah pakai Vitamin E Oil dari produk Palmers Cocoa Butter Oil. tapi tetap macam tak berapa ngam sangat. lagi pulak bau dia agak kurang selesa lah kan. hikhikhik. gedik kan? semua benda nak bau wangi je :P aku hanya pakai beberapa minggu je. dan terus sekarang ni tak tahu mana aku campak botol dia. ekekeke.
and nowww, aku pakai Colonial Dames Pure Vitamin E Oil. memang sangat best! tak berbau. dan ia melekit sangat sangat. macam gula kapas pun ada jugak melekit dia kan? hihihi. kalau yang berambut panjang tu, kalau tak ikat rambut time pakai mesti rambut melekat kat muka. hehehe.
aku beli Colonial Dames Pure Vitamin E Oil yang mempunyai 35,000 I.U iaitu kepekatan Vitamin E yang tinggi. eh betul ke kepekatan? HAHAHA aku main bantai je ni nyahh. sebab tak silap aku ada jugak jual 18,000 I.U Vitamin E dia. rendah lah kan? kalau rendah, lambat sikit bagi effect. hahaha! sesuka hati aku je buat kesimpulan sendiri :P
aku sapu sebelum tidur. bila bangun tidur, muka kurang melekit sebab oil dah meresap ke muka kah? haaa magic kan? HAHAHA. okayy yang best sangat produk ni adalah bila kita dapat detect muka kita ada tumbuh sebijik jerawat kan, mesti kita macam rasa bengang kan? dah lah esok nak dating! macam mana nak cantik cantik niiii? -___-"
setakat ni dari pengalaman aku, bila jerawat dah nak start tumbuh (bila kita tekan tekan dia sakit), sebelum tidur aku sapu tonyoh tonyoh kat jerawat tu (hahaha!), bila bangun esok bila aku tekan tekan kat jerawat tu, dah tak sakit dah. maksudnya, dia tak jadi nak tumbuh. hikhikhik. tahu takut kau ye jerawat? :P
sebenarnya aku pakai Vitamin E oil ni untuk hilangkan segala bekas bekas jerawat, parut parut. hehehe. kalau boleh sapu Vitamin E oil ni kat hati aku, mesti cepat hilang luka parut dia kan? eh eh! terlari topik pulak.
ini gambar aku ambil pada pagi selepas mandi bertarikh 12hb April 2011. takde edit edit, takde sapu sapu bedak ye.
dan gambar ni diambil pada pagi tadi iaitu selepas mandi jugak yang bertarikh 19hb April 2011. (seminggu selepas guna produk ni) ini pun takde main edit edit ye. aku nak buat review biar kasi jujur sikit. sebab nak tolong anda anda yang ada masalah macam aku jugak :) kalau aku edit cover cover situ sini, nampak macam tipu je kan? hehe. aku cuma edit cover rambut dengan leher je :)gambar 1 muka macam oren sebab matahari dah naik tinggi. hahaha! kantoi bangun lambat :P gambar 2 muka biasa je sebab matahari sedang malu malu nak keluar :P iye, aku amek gambar ni menghadap keluar tingkap sebab nak kasi nampak terang muka tu.
haaa di samping itu jugak, aku mengamalkan makan tomato ni. semasa aku menaip entri ni, aku tengah makan tomato ni. hikhikhik. mak yang suruh makan. setiap kali mak datang Tampin, mesti mak pergi pasar belikan tomato ni. dulu aku tak suka makan tomato macam tu je tau. kalau dimasak dalam tomyam takpe jugak.dan dulu aku rajin tepek muka dengan tomato. lepas tu aku stop sebab air tomato asyik masuk mata jadi pedih. HAHAHA gedik kan? terus tak nak pakai kat muka :P tapi memang berkesan letak tomato kat muka :)
kalau nak makan tomato yang best, time beli tu pastikan tomato tu keras dan merah macam tu. jangan beli yang lembik. kalau lembik tak sedap. lagi best kalau tomato ni dimakan sejuk sejuk. uishhh sedappp :)
okayy. kepada kawan kawan yang ada masalah macam aku ni, jangan segan silu, jangan rasa rendah diri. hihihi. dulu memang lah aku rasa rendah diri. dah lah memang sedia pendek. tapi, setiap masalah ada penyelesaiannya kan? aku pun takde lah banyak duit sangat nak pergi buat rawatan laser atau pergi buat facial treatment. hehehe mana yang aku mampu, macam beli produk itu ini dah kira okay dah.
dan kepada yang dah sedia cantik dan bersih wajahnya (cewahhh), jangan lah pandang rendah kepada kami ni. hihihi. tahulah kami ni kulitnya tak macam awak awak awak semua. silalah bersyukur kan? jangan lah bila tengok kawan anda yang bermasalah macam ni nak beli produk hilangkan jerawat, anda pulak tanya, "boleh jadi cantik ke nanti?" haihhh. sentap hati ini tau. (aku pernah ada member cakap macam tu tau) cuba lah cakap macam ni, "harap berkesan lah produk ni kan untuk kau."
siapalah yang tak nak jadi cantik kan? tapi, sebelum nak jadi cantik, kami kena lah remove 'benda' kat muka ni dulu. tak dapat jadi cantik macam Lisa Surihani atau Tiz Zaqiyah pun takpe :P
okayy. panjang sangat dah ni. mesti ada yang skip skip membaca kan? HAHAHA bosan lettew :P
dan, anda semua boleh klik entri ini untuk maklumat yang lebih vavavoommm untuk masalah jerawat ni! :)
UPDATE!!
*klik sini untuk baca setelah 6 bulan saya bersama dengan Herbalife
**nak tahu tentang saya dan Herbalife? LIKE lah page Good Life With Herbalife ! :D
33 comments:
same la kita pakai produk safi...*_*
walaupun ada gak orang kutuk produk malaysia, benda murah, xbrape berkesan...
tapi setakat yg sy pakai ok jer..hehehe..memutihkan kulit yg dah sedia cerah..cuma parut2 jerawat jer belum nak ilang sepenuhnya....
wanie rajin nyer la hai jaga muka.. hehehe kalo nur malas sangat pakai apa yang basic jaa hehehe itu pun malas huhuhu
salam wani..mungkin produk nu skin tu sesuai dgn kulit wani...bestnya...saya pernah try jugak(dpt free org kasi)tp tak boleh jalan..itchy...maybe sbb ada soy kt dalam tu..sy klu terguna cream ke lotion ke yg ada soy products mmg tak sesuai..kulit jd gatal sgt..
JERAWAT..TIME OK,MUKE OK,TIME DIE WAT KNDURI,NAK TGOK CEMIN PN MALAS..NAK KUA RUMAH PON MALAS...KDG2 MCM NAK GIVE UP JE..DUIT DAH BERHABISAN~SELF ESTEEM PON KURANG...
whoa, nice tipsss :)
betul ker berkesan produk safi untuk kulit berminyak????
help me plzz....^_^..
betul ker produk safi sesuai untuk kulit bminyak??
help me, plzz...
ija:
tak berani nak cakap safi sesuai ke tak utk kulit berminyak. pernah dgr org kata safi ni buat kulit berminyak. tapi wani pakai okay jugak lah. minyak tu tetap ada lah. maksdnya, wani pakai safi ni takdelah tetiba kulit berubah teruk kering menggelupas. wani dah tak pakai safi dah..wani cuba produk Avon pulak..hehe saje ubah angin..
dah lama kita guna safi balqis ni sejak f4. muka kita pon jenis berminyak. ok je bila pkai. :)
tapi utk yg nak putihkan kulit mmg sesuai la guna safi balqis.
hye sy nofa...! aku pning larh ko pakai produk apa sebenarnya...pning...!
hai nofa :)
hihi okayyy. skrg ni wani dah tukar produk dah. mmg sngat sesuai dah dgn kulit..hehe cuma tak penah cerita dlm blog lagi...skg pakai sabun ade beli online..
sekarang pakai produk aper..
vitamin e mmg bagus ek.. nak try la hilangkan parut jerwat
daisylya:
haah..vit e memang bagus sangat untuk kulit. hehe. sekarang sy pakai sabun kojic beli kat www.diana2u.com. tu la. skg ni pun try nk hilangkan parut jgk..
Salam,macam nak try lah COLONIAL DAMES PURE VITAMIN tu...muka akak kluar jerawat dgn bgganya..huh!!!..sbb akak pakai krim BL dri china trusss muka kak jdi sensitif..konpom kh jerawat hilang bila pakai ek!!...
wana:
wahh bahaya tu pakai produk dari china. setakat ni vitamin e dari colonial dames ni mmg best lah. selain dari vitamin e ni, die ade produk lain jgk. wani penah jumpa mcm2 produk dia kat farmasi yg bawah sogo tu. yg dekat dgn kiosk famous amous tu. kalau kedai lain tak sure..
Hye u.. nak tanya u pakai sabun kojic how was it so far? sbb fara try jgk sabun kojic ni, utk jerawat kan, jerawat mcm belumba2 keluar =,= so try sabun ni, so far tak surut pon jerawat
faralouise:
ohh sabun tu saya dah lama tak pakai. tapi masa dulu pakai sabun tu jerawat masih bole dikawal. tak teruk sgt. mgkin awak kene tanya pengedar tu. saya order kat diana2u.com. skg ni sy pakai pencuci muka charcoal yg beli rm5 kat daiso tu. sgt2 best dan jerawat pun tak tumbuh sgt :)
Nu Skin tu produk aper ek? And beli ktner?
Nk tau ler, Nu Skin tu beli ktner ek? Pening muka bermasalah jerawat ni. Please :(
anys yazed:
nu skin ni sy beli kat klinik. doktor tu mcm jd agen nu skin jgk la. tp sy penah nampak kedai nu skin kt melaka. try google tgk stokis die kat mana. tak silap mcm ade jgk kat kelana jaya. nu skin ni produk kecantikan, ada pencuci, toner, krim pelembap, masker
hye wani ... awk pakai NU SKIN ni pakai toner saje ke ? mahal x ?
dania:
hehe nu skin kite pakai semua jenis2 nya. dari pencuci sampai ke masker :)
bape eh total ? awk pakai NU SKIN ni bru berkesan or pakai safi tu ? mana2 klinik ada ke ? sy ni dulu jns ssh ada jrwt . tp skrg non-stop . xtau la hormon ke pe ? awk ada suggestion x utk sy ? sbb awk da pnh jmpa doktor . mgkn doktor ada terangkan awk ttg mslh jrwt ni ..... sy skrg pantang byk bende . kacang , telur , seafood . tp still x work jgk . sy da mati kutu ni ... tp pimples sy x byk mcm previous awk la . just 3 4 ketul kat belah pipi and dahi ....
dania:
nu skin ni agak mahal sikit. sekali beli set utk seminggu dalam ratusan jgk. tp mgkin sebab saya melalui doc, bukan dari stokis nu skin sendiri. klinik tertentu je ade jual nu skin sebab ikut pada doc nya. saya pakai nu skin dulu. dekat setahun jgk. lepas tu baru tuka safi sbb jerawat dah mati time tu :)
Hai akak . Nak tanye Boley ? Kalau jerawat siket je tpy bintik itam byk gaklarh produk ape yg sesuai erk ?
Hai akak . Kalau jrwt x byk sgt tpy bintik itam byk jugaklarh produk ape yg sesuai ?
shamin najwa:
hai :D kalo nak try herbalife pun boleh jugak. hee. tak pun, try lah pakai pencuci muka charcoal yg jual kt kedai daiso RM5 tu. best!
akak nak tanya kalau pigmentasi kat muka,dua belah pipi ni
pruduck/camna nak hilangkan ya
zahrina:
herbalife! produk inner dan outer dari herbalife :D
Hai akak..muka saya ada panau..tp tk la banyak sgt..agak2 produk ape yg sesuai eh??
anon:
panau? hmmm kalau dengan herbalife insyaallah boleh hilangkan panau tu :)
Btol ke safi balqis nie boleh ilangkan jerawat?? Help me please
Betol ke safi balqis nie boleh hilangkan jerawat? ? Help me please
Post a Comment