disebabkan kemalasan dan ke-busy-an dalam hidup sekarang ni, kita buat entri kombo je lah. kombo yang random. tapi kan, dah lama tak makan ayam/burger KFC ek. ada lah jugak dalam tiga, empat bulan tak makan, kecuali beli KFC Krushers mueh mueh mueh.
Random 1#
hari Ahad lepas aku terkejut gila bila cek baki kredit Maxis tinggal berapa ringgit je. ni pesen illuminati mana ntah sesuka hati telan kredit aku sampai RM13 lesap puffff puffff bawak dek angin. sedih wo. RM13 tu kalau bawak masuk KFC, beli Dinner Plate atau Snack Plate pun tak was was. kalau ada kuasa magis, dah boleh dapat satu set Cheezy Wedges dah.
disebabkan aku ni pesen pemalas nak telefon operator Maxis, maka aku guna taktik mulia sebab aku ada pengalaman buat cemni jugak. aku mengamok kat Twitter hakhakhak. orang kabo, etensyen siker. nak jadi etensyen siker ni ikut pada tempat lah, ye dak?
kenapa aku luah kat Twitter padahal aku boleh je telefon operator Maxis terus? sebabbbbb, operator Maxis ni rajin bebenor search 'Maxis' kat Twitter. bila diorang search, dan detect ada orang komplen pasal Maxis dalam Twitter, secara automatik diorang akan tuit kita dan bertanya, "apa masalah adik manis?" kena jaga kastemer maaaa. kena lah diorang datang kat kita hekhekhek
kalau engkorang semua tak nak diorang tahu yang engkorang tengah mengumpat diorang, engkorang jangan taip 'Maxis'. tapi taiplah 'Meksis'. sebab aku selalu buat jugak. contoh ayat aku macam, "apekebende laaaa Meksis ni rajin bebenor anto MMS info pasal siput tido berapa jam ni?"
jadi, bila aku dah pepura meroyan dan menjadi etensyen siker dalam Twitter tu, sepuluh minit lepas tu tetiba operator Maxis telefon. heh heh heh ini lah kuasa pengguna yang sebenar.
operator tu baca kan aktiviti penggunaan nombor aku ni dalam sistem dia. aku still ingat lagi jumlah baki kredit aku pagi tu. aku takde SMS sesiapa, apatah kan lagi nak call orang. sebab aku bukan kaki call orang, tapi aku kaki WhatsApp orang. kbai.
tetiba operator tu kabo yang aku guna data internet RM1 RM1 RM1 RM1 berderet sampai tiga belas kali dia sebut RM1 tu. hah korang darabkan lah RM1 tu dengan tiga belas. dengan pantas dan tuntas aku jawab dengan gaya zigzagsnap, "eh tak tak. mana ada saya guna data plan banyak tu. saya langgan internet mobile seminggu RM3 tau"
operator tu diam seketika. mungkin terkedu dengan zigzagsnap aku walau hakikatnya dia tak nampak gaya zigzagsnap aku tu cemane sebab kami bukan bervideo call la oi.
"ha ye betul. dalam sistem ni memang awak ada langgan internet RM3 seminggu. okay, nanti kami akan siasat dalam masa 3-7 hari. nanti kami akan telefon awak semula"
jadi, aku pun menunggu lah jugak dalam minggu ni. takde kabar berita pun. apa jadi lah dengan RM13 aku tu. hidup lagi ke tak. dah makan ke belum RM13 aku tu. siapa yang mandikan dia. siapa yang bacakan bed time story kat dia memalam. haihhh kesian
TETIBA!
hari ni aku off henset. biasalah, time cas bateri mesti off. kata sayang henset, ye dak? bila on je, tengok tengok ada sebelas kali orang miskol. amboi, kemain tak menyabo orang ni sampai sebelas kali tekan dail number aku yek.
memula aku tak tahu siapa la orang yang miskol ni. urgent sangat ke. nengok macam number ofis. ofis orang ni dalam emrgency ke sampai terdail number aku bebanyak kali. jadi, aku pun biarkan lah. sampai lah aku . . . . . . . . .
on Twitter dan terbaca kan atas ni dalam kotak Mentions. weeeeehu. tak tau nak respon kebende. nak lompat ke nak guling ke nak terbang ke. bila cek kredit kat henset, tengok tengok Maxis dah kreditkan semula RM13 aku yang hilang tu. ohhhh anakkuuuuu, pulang jua kau akhirnya.Alhamdulillah.
bukan apa, aku ni pesen malas nak topup. tu yang hilang RM13 tu rasa macam gelap masa depan. menyampah tak dengar?
Random 2#
ni siapa yang rajin belek iklan dalam sokabar Metro mesti perasan memacam iklan kosmetik kan? memasing nak berlawan produk sape yang power. sampai aku naik hapal lah keluaran produk semua ni kat muka surat mana. power tak power jugak lah aku boleh teka.
al kisahnya, mak aku nak cari produk yang boleh hilangkan jeragat. dipendekkan cerita, kami terpikat nak beli satu produk ni. 'kami' tu maksudnya, aku dengan mak aku. senang cakap, aku pun tumpang sekaki nak hilangkan parut jerawat jugak. jerawat memang dah mati, tapi parutnya?
sama jugak dengan istilah mengatakan, luka di hati memang dah hilang. ni parut kat hati ni cemane nak hilang? lain kali jangan nak luka kan hati saya ye? ye? ye?
tetiba drama sekejap.
setelah mengadakan perbincangan serius dua hala dengan mak, kami pun setuju dan sepakat nak beli produk . . . . . . . .
produk ni kabo ia berasaskan 'Organic Argan Oil'. aku pun tak tau nak kabo cemane. korang Google lah sendiri. alang alang negara nak menuju ke tahun 2020, kena lah pandaikan diri dalam bab Google, ye dak?
harga kalau tak silap RM70++. tapi kami ni comel sangat, jurujual kiosk tu kasi harga diskaun. agaknya bisnes dia maju pada hari tu kot. tu yang bagi harga diskaun ekekekeke.
dan dalam masa yang sama jugak, mak ada beli cream produk Cosmoderm untuk hilangkan jeragat. lupa pulak apa nama cream tu. dan dengan itu, Secretleaf Pure Oil Series jatuh ke tangan aku. hihihihihi
aku sapu minyak ni sebelum tidur malam. rasa nya dah nak dekat 3 minggu aku pakai. nantilah sama sama kita saksikan hasilnya. tapi buat masa sekarang, result dia amat memberansangkan! memuaskan! mengebestkan!
psst. dengan bantuan Safi Rania Gold Cream Day, wajah anda lebih cerah :D kahkahkah kebende la tetiba promote Safi Rania Gold. yeee, aku guna Safi Rania Gold jugak. Rozita Che Wan tu mentor aku. dia yang ngajo aku pakai. kah kah kah
tapi, sebenarnya kalau ditambah lagi dengan produk . . . . . . .
HERBALIFE niiiii lagi ohsem! luaran dan dalaman badan dan wajah kita terjaga. ni aku bukan sesaja nak buat iklan, tapi sebab ni benda betul. tak percaya? sebab tak cuba lagi, memang lah tak percaya! :DRandom 3#
kawan aku kabo, aku ni kalo pesen tak taip pepanjang, memang bukan aku la tu. engkorang tunggu ye. engkorang tunggu aku ye. jangan lupa singgah sini.
tak menyabo aku nak nunggu 'my day' yang bakal datang nanti ni. doakan kebahagiaan aku ye! :D



6 comments:
Random Awesome memang awesome kan? Kite pun suke sangat lagu tu <3 <3 <3
Random #1 Wowww bagusnyeee meksis! efficient jugak ye :D
Random #2 Kat mana nak beli Secretleaf Pure Oil tu? Kat Guardian ke Watson ke ade tak Wanie? Maybe kite boleh suruh mama pakai produk ni :D
Heee suka lah baca blog wanie ni! Selalu check kot2 ada update :D
'my day'? Good luck!!! :D
melissamce:
eeeee suka gila lagu tu! sebab sweet sangatttt lirik dia! :D hihi
random #1 maxis memang rajinnn. kite sebut je maxis dalam twitter, terus diorang muncul. pastu diorg mintak num fon kite sbb nak call hehe
random #2 haaa produk ni bole cari kat kiosk kiosk kat shopping mall memana. alaa kiosk yg selalu jual produk kosmetik tu. yg ni wani beli kat kiosk dalam Metro Point, Kajang :D
ekekekekeke nak tergelak baca komen lisa ni :P sama sama lah kita saksikan!
Helooo. first time dtg sini. Best lah blog. hihihi. Hurmm 'my Days' tu apa? Majlis nikah kan. Congrats!
WZ:
hai. ni pun first time jugak saya berbalas komen dgn awak.
*tapi rasa macam nak delete je komen engko ni. grrr
Amboi kemain lagi 'my day' nak kawen leteww~ :p
ayleen:
amboiii amboiiii kemain lagi tekaan dia ni! hahahaha! itu nanti2 lah :P
Post a Comment