Saturday, February 18, 2012

Nokia E71 boleh install Foursquare?

hai! :D



hari ni saya nak cerita satu lagu Application yang boleh kita pelbagaikan lagi hengpon Nokia E71 ni yang sebelum ni orang kabo hengpon yang bosan zzZzZ. tapi, lepas saya guna untuk ber-Twitter dan ber-WhatsApp, saya dapati takdelah bosan sangat hengpon ni sampai nak campak atas tilam. ye, jangan buat cenggitu. serik dah saya nak tukar skrin lagi -..-

kali ni, saya nak cerita pasal Application Foursquare. hoyeahhhhh. mende alah yang orang suka main check-in check-in tempat tuuuu. kalau agak agak kita dah selalu check-in kat tempat tu, automatik kita jadi kak long kawasan tu. hekhek orang kabo 'Mayor' lah.

saya jumpa Application ni kat laman web ini atau ini. sebenarnya, saya pun dah lupa saya download kat web mana. hahahahaha :( selalu terlupa nak save memana web. takpe, try je download dan install. kalau menjadi dan berhasil, awak buat parti buih okay? ajak jenjiran sekali.

tentang pemindahan data Application ni memang agak tinggi. tak macam kita guna Application Twitter dan WhatsApp. pemindahan data dia ada lah jugak makan dalam 300kB ke 400kB.

tapi, bukan selalu kan main check-in ni kan? agak agak kalau pegi rumah makcik, hah check-in lah kau. kabo dan share ke Twitter atau FB yang engkorang tengah makan makan free kat rumah makcik.

kalau setakat nak check-in nak kabo korang dalam toilet rumah nak yak yak, lupa kan je lah. tu silap silap ada orang mendoakan supaya hengpon korang masuk dalam lubang tandas. huehuehue

okay, mari kita ke segmen seterusnya!


zam zam ala kazam!


yang ni Places di mana senarai tempat tempat yang berhampiran dengan korang. korang tinggal pilih je. sebab tu pemindahan data guna dengan banyak sekali sebab Application ni nak search kemain banyak kat tempat korang. sesilap ada keluar Gerai Pisang Goreng Mak Temah. eh betul, tak tipu. saya jumpa masa kat Muar hari tu.


hah nampak dah kita nak pilih yang mana? kehkehkeh


aha! nampaknya 'Syed' seperti yang tertera dalam gambar ni telah menjadi abang long kawasan saya ni. ni mesti duduk kat blok sana sebab keliling rumah saya ni anak anak diorang kecik lagi. tunggu la kau , dik.


hah lepas tu kita share lah ke Twitter atau FB. kabo ler kat situ yang korang tengah tengok drama Vanilla Coklat kat TV ke tengah makan dengan famili kat rumah ke tengah memasak ke. tapi jangan kabo nak yak yak. nanti korang kena sumpah jadi jamban huehuehue

saya gheti tunjuk kat awak semua banyak ni saja. sebenarnya banyak lagi option option yang boleh kita explore dalam Application ni. saja saya tak nak tunjuk sini sebab nak suruh awak semua yang pengguna Symbian 60 pegi download sendirik. hikhik

ada lah jugak option dia tunjuk peta kawasan tempat kita check-in tu. banyak lagi lah. ada ruangan Tips jugak di mana ruangan yang kita boleh baca komen komen orang tentang tempat yang dia pergi. contoh, ada orang check-in kat Gerai Pisang Goreng Mak Temah. lepas tu dia komen kat situ anak dara Mak Temah cun gebu. haaa lebih kurang cenggitu lah.


tapi kan, sebenarnya kan, saya tak pernah pun check-in bila saya ada kat rumah. hihihi saya check-in bila saya berada di luar kawasan rumah je. time pegi jenjalan ke apa ke.


JANGAN GELAK KALAU NAK GELAK TAHAN LAH GELAK TU TAK PUN PEGI GELAK BELAKANG PETI AIS SANA




jadi, setakat ini saja lah review saya tentang Application yang menarik untuk Nokia E71 ni. lepas ni kalau saya dah takde review apa apa, maka saya berpindah ke Blackberry atau Android la tu.


kahkahkahkahkah berangan sekali sekala.

4 comments:

WZ said...

peergh!!!! bestnya. *tgh henpon sendiri* *meratap*

wanie said...

WZ:

nasib ipod ko dah hilang. kalo tak, aku pun nak cakap "perghhh bestnyaaa boleh install lagi banyak aplikasi" T____T

ayleencutegirl said...

Kite nak beli ipad2 sobss..sobss

wanie said...

ayleen:

hihi bestnyaaa :D tu wish list yg terakhir kite nanti la :P