Saturday, May 26, 2012

ini ofis atau playground?

 hai! :D



hari Isnin aku cuti! hahaha okay, intro macam ntah pape. sebenarnya saja amek cuti, merajuk dengan semorang kat ofis, saja nak susahkan semorang dalam ofis bila aku takde bla bla bla bla. heh. tak lahhh. sebab nak ikut hantar cousin masuk matrik je. matrik kat Tangkak uollssss. siapa yang tak nak imbau kenangan uollssss! hahaha kalau aku bagitau reason sebenar aku cuti kat orang orang ofis memang mintak tapak lah kat muka ni :P

semalam Jumaat adalah hari yang bengong. entah. semorang bengong. dengan team team aku sekali bengong semuanya. kikiki sebenarnya salah seorang budak team aku resign. best kan? pepagi dia masuk lambat sebab pergi interview kat tempat lain, tetiba bila dia dah masuk kerja semula dalam pukul 11 lebih, dia terus dapat call dari company yang dia pergi interview pagi tu mengatakan yang dia diterima kerja. terus dia buat notis 24 jam -.- best kannnnn? sengal.

lepas tu salah seorang dari kami decide nak baling telur la tepung lah hape lah time kami nak punch out pukul 5.45 petang tu. yang ni lagi sengal. sebok sangat asik cakap nak baling telur dengan tepung, tapi benda nya takde. hahahaha last last aku cakap,"kau bagi telur kau tu dulu, baling kat dia. nak?" -.-

okay okay, mari tatap budak budak yang aku tetiap hari libas dengan rotan kalau diorang malas nak buat kerja. memang memacam perangai memasing. nak tombok pun ada jugak kengkadang. kahkahkah garang kannnnnn :P takde lah. I LOVE THIS TEAM! alah, sebab umur memasing lebih kurang. kehkehkeh cuba kalau terselit sorang umur 30-an atau 40-an. ada kau nak cakap I LOVE THIS TEAM nyeh nyeh nyehhhh

yang nak resign tu adalah yang pegang sampul surat putih tu. budak ni memang sengal. suka datang kat table aku, lepas tu kacau aku. dasar tangan gatal. sikit sikit off monitor PC aku, sikit sikit tarik mouse aku. sikit lagi aku nak kasi tangan kat dia. eh?

lepas ni takde dah orang yang datang kacau kacau kami kat table. kehkehkeh. jangan tetiba dia patah balik kat kitorang dah lah. KAHKAHKAHKAH :P

AHAAA! aku set gambar ni untuk DP BBM aku. wiwiwiwiwiwiwi. sebab time aku masuk kerja ni orang di kiri dan kanan aku tu yang dekat dengan aku. maksudnya, table sebelah sebelah ah. dan dua orang ni suka sangat buli aku! tapi, diorang jugak lahhh yang suka bagi idea atau support dalam kerja aku nak setel kan daily report atau nak manage kan setiap dokumen. phewwww~ kalau takde diorang ni, memang matiK lah aku.

budak dua orang ni sangattttt cuteeeeeeeee bila kacau aku. haishhh. nak marah pun tak jadi. hahahahaha. moment yang paling best bila diorang sorokkan selipar toilet aku dalam laci -.-


dan paling unik antara kami adalah kalau nak bergosip atau ternampak benda yang tak berkenan di mata kami, kami bertiga akan main isyarat mata dan kening. sooooo sweettttttt~


bahahaha kbai.

Sunday, May 20, 2012

jangan cuba nak cuit aku. mengerti?






aku terbaca;

Allah tak beri apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.


aku sendiri tak tahu apa yang aku nak. benda yang aku perlu lagi laaaa aku tak tahu. tapi aku bersyukur la dengan apa yang aku ada sekarang ni. aku pun tak jangka dan tak rancang pun dengan apa yang aku dapat sekarang ni. Alhamdulillah.

kengkadang rasa tertekan. kenapa aku? kenapa aku yang kena dapat semua ni? setepek terus dapat kat muka. bila fikir semula, "ohhh. mungkin Allah nak uji aku. tapi kenapa orang lain tak rasa macam yang aku rasa? kenapa aku? ohhhh. mungkin lagi sekali Allah nak suruh aku fikir apa kekurangan pada aku ni. mungkin Allah nak aku improve kan lagi motivasi dalam diri"

aku sampai ofis sekarang ni lebih kurang dalam pukul 7.45 pagi (kalau komuter datang tepat pukul 7 pagi). sampai je ofis, tak ramai yang dah datang. ada lah dalam empat, lima orang. letak beg, punch card, isi air kat pantri, masuk toilet, ambil wudhu', masuk musolla, buat solat Dhuha, berdoa moga hari itu berjalan dengan lancar, segala tugasan dipermudahkan, lembutkan hati orang sekeliling kat ofis dan last sekali, balik ke meja sendiri dan shake Herbalife. HUEHUEHUE

even dah mohon kepada Allah moga semuanya berjalan lancar pada hari itu, ujian tetap datang. pihak ketiga membuat 'serangan' terhadap team kami. sabar, sabar, sabar, sabar. aku kena back up diorang. itu salah satu kerja aku. menggigil aku nak tahan marah.

aku cuma fikir, "tak elok bermasam muka dengan orang yang lebih tua dari kita." okay, fine. kami ikut je apa yang diorang nak. kami terima. hmmm.

tapi satu benda yang aku suka bila aku terdengar diorang cakap cakap, "I think she's very angry today because yesterday bla bla bla bla"

aku berlalu pergi ke meja aku sambil tersenyum lebar :)


terima kasih.

Sunday, May 13, 2012

stress 2 in 1

hai! :D




minggu lepas aku activate semula akaun FB aku. last on account tu masa akhir bulan November 2011. tahun lepas kan? sekarang dah bulan Mei 2012. hewhewhew. takdelah sampai setahun aku off account tu.

bila klik kat Home, memang banyak lah tahu perkembangan terkini pasal kengkawan. dah tunang, dah kahwin. hampir 6 bulan aku menyepi, banyak benda yang aku tak tahu pasal kengkawan. entah. ikutkan memang malas nak amek tahu. huehuehue. jahat kan?

rezeki ada di mana mana. Khamis lepas aku terpaksa lupakan hasrat untuk pergi ada satu ujian kat Majlis Perbandaran Selayang. sebab aku terfikir dengan kerja kerja kat ofis tu. sekarang ni memang tengah kritikal. pihak satu lagi sedang push kami. haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh -_-

aku stress sebenarnya. setiap hari stress. tapi stress time pagi je lah. sebab time pagi kena hantar report. kehkehkeh. sampaikan staff baru takut tengok muka aku sebab aku tunjuk muka serius, padahal . . . . . . . . . aku tak suka orang tengok aku stress :(

tapi bila dah masuk waktu petang, stress tu dah hilang. aku dah start gelak gelak. kehkehkehkehkehkeh menyampah betul. tapi sekarang ni tak boleh nak gelak gelak sangat macam sebelum ni :( ada lah sebab nya. sobs. aku nak bantai gelak macam mak lampir pun bila time dalam lif. tu pun kalau dalam lif tu hanya lah bebudak team aku je yang ada. hakhakhakhak hipokritus sungguh.




arghhhhh. aku ni sebenarnya tambah stress bila semorang nak melangkah ke fasa hidup yang seterusnya. kbai.

Tuesday, May 1, 2012

pasal HERBALIFE lagi

hai! :D


so sadddd sebab hari ni cuti. sebelum ni aku pernah kabo yang aku tak suka cuti. lagi lagi kalau cuti on weekdays cenggini. sampaikan semalam (Isnin) aku nak OT sampai pukul 9 malam, tapi memandangkan SEMORANGGGGG tak menyabar nak balik, pukul 8 malam aku kena jugak ikut yang lain balik. sobs.

petanda kerja menggunung tinggi; report harian pun hangkut bawak balik rumah. alah, cucuk pendrive jerrr.

semakin hari, semakin sukaaaaa orang orang kat ofis menyakat aku. KENAPA MEREKA COMEL SANGAT? auwhhhh :') okay lah, okay lah. lupakan sekejap pasal program 'kenen mengkenen' mereka terhadap KAMI


dulu aku pernah janji nak tunjuk hasil program turunkan berat badan dengan HERBALIFE kan? hewhewhew. memandangkan hari ni cuti yang aku sendiri tak rela nak cuti, meh nak tunjuk hasil nya buat masa ini.


 BERAT: 58 KG

gambar atas ni pada bulan Oktober 2011. malas nak describe celah mana lemak berkumpul. kehkehkeh. stresssss nak fikir. alah, sendiri boleh fikir. dah tentu kat peha, punggung, perut, pinggang bla bla bla. aku tak nak lah cakap aku gemuk sebab gemuk ni deskripsi nya lain.

yang boleh aku cakap adalah BMI aku tak normal. dengan tinggi 149 CM, fikirlah sendiri. tapi belum capai obesiti lagi. tapi, still aku rasa penat nak berjalan, naik tangga apa tu semua.

jogging, panjat gunung, exercise tu semua memang aku buat. tapi, tak cukup jugak sebab tengahari aku balun makan sedap. malam pun sama. kehkehkeh belum masuk lagi bab aku duduk depan laptop ngadap internet memanjangggggg. puihhhh

tapi, tak selamanya berat 58 KG sebab kesedaran dalam pengambilan makanan tu tetap ada. matiKlah kalau hari hari makan sedap, lepas tu jarum penimbang berat tunjuk nombor 60 KG! hey, aku pernah yeee *acu pistol ke perut*

lepas tuuu, atas kesedaran dan saranan dari member si Mimah, aku try amek HERBALIFE. masa awal awal aku amek HERBALIFE, berat aku 56.5 KG. kalau boleh, tak nak berat lebih dari 55 KG sebab tak sesuai dengan tinggi aku. aku pernah kena gelak dengan orang orang sebab depa tak percaya tinggi aku yang 149 CM ni mengandungi berat sebanyak 55 KG ke atas. kau berat celah mana nyah? itu laaa soalan wajib depa.

 
 BERAT: 52.5 KG

ini yang aku timbang pagi tadi bila bangun tidur. celik celik mata je terus pergi ke penimbang. kehkehkeh tu memang rutin harian yewww. dan ni pun gambar tengahari tadi huehuehue. dan ayat yang selalu mak ayah cakap, "mana pegi punggung Wani? dulu kecik kecik punggung Wani bla bla bla bla". 

hahahaha -___-"

pagi pagi bangun kalau timbang tu lah berat kita yang sebenar. nanti dah masuk tengahari, pastu malam, pastu nak tidur, berat kita dah lain. paham paham sendiri lah kenapa. berubah pun mungkin 53 KG atau 53.5 KG. kikiki

tapi, I loikkeeeee! :D dah lama gila wehhh berat aku tak cecah bawah 55 KG! aku rasa last sekali berat aku cenggini pada tahun 2007 sebab time tu putus cinta. hampeh. tu kurus sakit nama nya sebab tak makan. ntah pape ntah.

tapi, kali ni berat cenggini dengan badan yang sihat! :D dan BMI sudah normal wiwiwiwiwiwi~*


NEXT!


aku pernah janji nak tunjuk wajah jerawat aku cemane bila dah bersama HERBALIFE hampir dua bulan ni kan? huehuehue


 memang muka aku ni kejap okay, kejap tak okay, kejap surut, kejap pasang jerawat nya. lagi lagi time period. semua nak keluar. berlumba lumba. bajet jerawat mana yang keluar paling besar dan paling lama memang champion lah kan? 

gambar atas ni time awal awal aku dengan HERBALIFE. so sad, tapi muka tersenyum. yelah, dah kamera depan mata kekekekekeke :P


 
ni pulak gambar yang baru disnap tengaharai tadi HAHAHAHAHAHAHA okeh, semangat. jerawat dah lama tak menepek. pernah hari tu dia nak start tumbuh bawah dagu. dah nampak merah dah. tapi, esoknya tengok takde pulak jerawat tu nak menggelembung ke apa ke. tak tau lari ke mana dah jerawat tu kekekekeke


jadiiiiii, selama hampir dekat dua bulan aku dengan HERBALIFE ni memang sangat puas hati. berbaloi baloi. kita semakin jaga jaga dalam pemakanan kita. kalau dulu main makan je roti atau coklat tanpa tengok kalori kat label makanan plastik. tapi sekarang ni aku makin rajin nak cek.

agak agak tengok kalori tu tulis 200 kcal dan ke atas, memang aku tak jadi nak amek. kalau 100 lebih kcal tu amek jugak lah. kikiki makan sikit sikit je lah. takde lah aku ngap makan habis terus :P

sebenarnya kannn, sejak dengan HERBALIFE ni kan, nak makan nasi pun tak larat nak habiskan. pernah lah jugak hari tu aku beli nasi goreng kat cafe bawah ofis tu. sebab macam ngidam pulak nak makan nasi goreng. bila dah makan tu, tak sampai separuh dah kenyang. last last, aku buang. nasi goreng tu sedapppp, tapi, ntah. kenyang pulak.

habis kena bebel dengan bebudak ofis. semalam aku makan laksa time lunch. sebelum ni aku lah yang makan paling awal habis. tapi semalam aku makan slow. makan berapa suap je, berhenti kejap. aku jalan jalan kat meja orang lain, lepas tu sambung balik makan laksa kat meja aku. hahahahaha. nasib tapau laksa tu. kalau makan kat cafe? jenuh nak habiskan :P


okay lah, okay lah. panjang dah ni. kalau ada sesiapa berminat nak tahu pasal HERBALIFE atau nak tanya harga dia atau nak tanya banyak banyakkkkkk semua pasal HERBALIFE ni, boleh rujuk pada coach aku iaitu Hamimah di talian 019-3731427. hihihi jangan malu malu atau segan segan yek. coach aku ni tak makan orang. dia makan HERBALIFE je :P


sekarang ni kakak ipar aku pun sedang mencuba HERBALIFE untuk naikkan berat badan. haaa dia ni terbalik pulak dari aku sebab berat dia hanya lah 41 KG dengan ketinggian 149 CM. tinggi dah sama dengan aku, tapi BMI dia pun tak normal jugak.

dulu dia ada try produk DR ROZMEY untuk naikkan berat badan. tapi dia tak boleh nak telan sebab rasa dia payau. sampai nak minum poduk DR ROZMEY tu pun dia kena tutup hidung. last last, dia bagi kat member dia. membazir je kan?

Ahad lepas aku suruh kakak ipar aku try minum HERBALIFE ni dan dia suka! :D aku pun tertunggu tunggu jugak result berat dia akan datang nanti ni huehuehue


lagi sekali, jangan lupa untuk contact kawan saya merangkap coach saya :P Hamimah: 019-3731427



boiboiiiiiiiiiiiiiiii!


Thursday, April 26, 2012

scary okayyyy!

hai! :D



*curik masa sekejap sebelum nak tidur*
hari ni memang hari yang fun. tak tahu kenapa. padahal kerja berlambak GILA. SANGAT. sampai diorang panggil meeting dengan kami untuk setel kan polisi sebelas ribu lebih. phewww~ berpeluh acik mendengarnya tadi. apa nak buat. kami cuma ada enam orang je. aku ni ha sebagai leader diorang (ecececehhh) tak boleh nak push diorang sangat. nanti diorang stress.

aku rasa aku ni leader yang sempoi lah. kikiki puji diri sendiri pulak. nak marah diorang pun takde selera. kalau ada polisi yang urgent untuk di-close, aku akan datang kat meja diorang, sambil cekak pinggang, dan cakap, "hah. cepat buat. Wani nak duduk sini sampai polisi tu dah submit. kalau tak buat camni, nanti awak tak setel kan." lepas tu anak buah aku tu gelak gelak -___-" aku ada salah cakap ke?

paling best bila diorang suka kena kan aku. diorang suka main baling baling getah kat aku time diorang ternampak aku fokus sangat buat kerja -____-" hahahahaha sengal. lagi best diorang sorokkan selipar toilet aku. nak tahu kat mana? kat dalam laci. cisssss bedebah! tapi, takpe. enjoy kan? kehkehkeh hilang stress kerja.

 oh dan aku nak cerita something yang kelakar tapi scary.

scary takkkk bila awek korang on call dengan korang dengan cara korang kena letak fon atas meja, dan awek korang yang kat luar sana dengar segala perbualan korang dengan bebudak ofis korang? faham tak maksud aku ni? kira kalau korang bercakap cakap gelak gelak gurau gurau dengan bebudak ofis korang, awek korang yang kat luar sana tu pun dengar sama. SCARY OKAYYYY! bila aku tanya apa perasaan budak team aku tu, dia cuma jawab, "entah lah. nak buat cemane. nasib dia dapat laki macam aku. kalau laki lain? mesti dah kena tinggal."

dah lah awek dia pernah jelez dengan aku time kitorang ramai ramai keluar main bowling minggu hari tu. HAHAHAHAHA lawak tahu tak? okay. awek dia memang kuat jelez. tak best nya hidup.

kes lain pulak.

scary takkkk bila awek korang sentiasa buat friend finder untuk tengok korang ada kat lokasi mana? then, lebih scary takkk bila segala orang luar yang mesej dengan korang dan mesej mesej tu semua automatik akan di-send ke fon awek korang. contoh, skandal korang mesej korang. dan pada masa yang sama, mesej skandal korang tu masuk jugak dalam fon awek korang. SCARYYYYY OKAY! ini pun berlaku kat salah seorang budak team aku. phewwwww~

aku tak tahu lah dia setting cemane. power betul lah. 1st time aku dengar dua kes macam ni.



nasib aku single *tetiba*

Wednesday, April 18, 2012

semua ini gila

hai! :D



cuba teka pukul berapa saya sampai rumah tadi? huehuehue. keluar rumah pukul 6.50 pagi. sampai ke rumah pukul 9.30 malam. apa nak buat, dah nasib dapat komuter yang suka delayed z Z z z Z z. delayed takpelah jugak. yang lagi teruk bila tetiba komuter berhenti sebelum sampai ke stesyen seterusnya, lepas tu lampu terpadam, air cond off. memang suka sangat bergelap macam tuuu. nasib duduk dalam ladies coach. haih.

sekarang ni saya masih lagi dalam proses nak sesuaikan diri dengan tugasan yang saya tak pernah buat sebelum ni. kalau tak sebelum ni syokkkkk je buat satu kerja. tapi, bila dah ganti tempat supervisor saya yang dah berhenti tu, makin bercabang dah kerja saya.

pepagi sampai ofis kena cek balik dokumen mana yang dah selesai. lepas tu kena buat segala report dan pastikan sehari saya boleh hantar 300 polisi. homaiiii. nasib bebudak ni boleh bagi kerjasama. mmmmuahhh lah kat diorang!

lepas tu kena hantar report ke dua tempat. memang tak melekatlah saya kat meja sendiri. tetiba rindu momen dedulu sebelum saya terima tugasan baru sekarang ni :( hahaha sekarang ni asyik nak kerut dahi je bila ngadap PC. lepas tu buat muka stress. siot lah bebudak ni tegur cenggitu. cis.

semalam saya join orang orang masuk meeting. bosan. tu je nak cakap. nak tunggu orang orang yang pangkat besar datang lambat tu satu. satu lagi, saya pelik lah. orang orang yang pangkat besar ni memang tak tahu ke apa orang bawahan buat selama ni? time dalam meeting laaaaa baru depa nak bertanya. haih. buang masa betul. dah lah banyak kerja nak kena ngadap.

ah bosan cerita macam ni. hahaha



macam biasa, setiap hari OT. dan muka muka orang yang rajin OT pun saya dah hafal. setiap hari orang yang sama je.

tadi, saya nak hantar kertas atas urusan kerja kat satu abang ni. abang tu memang peramah rajin bertanya macam macam. pasal famili lah, diri sendiri lah, apa apa je lah. lepas je hantar kertas tu, tetiba ada akak sorang ni yang duduk sebelah meja abang tu bertanya:

akak F: Wani, umur awak berapa?
saya: 24 kak. hehe kenapa?
akak F: ohh muda lagi.
abang R: dah ada pakwe ke belum?
saya: hahaha mesti lah takde, abang R.
akak F: cepat cepat lah cari. ke nak kitorang cari kan?
abang R: haah. awak kena cari dari sekarang. awak nak kenal dengan Khairul (bukan nama sebenar) ni tak?
saya: haaa? tak nak lah saya. malu lah saya.
akak F: laaa kenapa pulak malu?
abang R: ntahnya awak ni. Khairul tu tinggi, hensem. awak tak nak ke?
saya: haaa? alahaiiii. apa ni bang. ish. dia dah berpunya kot.
akak F: dah berpunya kot? dah ke?

bla bla bla bla

panjang lagi. dan dipendekkan cerita, Khairul tu sepupu akak F. kemainnnn promote ye! kahkahkahkah.

suara akak F dengan abang R memang kuat. satu aras boleh dengar. dah lah senyap sunyi aras tu. haiyoooo. malu siot.

sepuluh minit lepas tu saya pun nak pergi toilet kejap. sekali bila lalu kat depan pantri, saya nampak Khairul tengah nak ambil air.

gila. dah tentu dia dengar perbualan kitorang tadi! hingatkan dia dah balik. saya terus masuk toilet dan jerit, "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!"

ditambah lagi, pagi tadi dari LRT nak menuju ke bangunan ofis, kebetulan saya satu LRT dengan Khairul tu. dan 1st time borak borak panjang dengan dia. selama ni just cakap cakap atas urusan kerja je.

'the awkward moment' yang berlaku dalam lif pagi tadi adalah . . . . . . . . . pabila orang dalam lif semua dah keluar, dan hanya tinggal kami berdua je, dan secara automatik masing masing berebut rebut nak bertanya itu ini pasal diri masing masing.

faham tak?


-____-"

Sunday, April 15, 2012

mampu ke saya?

hai! :D



ketemu lagi kita di minggu ini dan lepas ni tak tau lagi bila kita akan bertemu. kehkehkehkeh busy nyewwwww sekarang ni. menyampah mendengar nya kan? saya baru je balik dari rumah Pontian, Johor dan petang ni gerak semula ke rumah Kajang, Selangor.

banyak urusan nak memindahkan barang barang kat rumah Johor tu. weekend je lah masa yang boleh dicuri untuk ulang alik ke sana. Insyaallah, hujung bulan ni last nak angkut semua barang. after that, good bye Pontian :')

takdelah good bye sangat pun sebab abang yang number dua still tinggal sorang kat JB sana. hahaha :P

haiyooo. kejap. penat tak habis hilang lagi ni.



hari Khamis hari tu, lepas je office hour, saya dan bebudak ofis dalam lima orang meng-reward-kan diri sendiri dengan main bowling kat Mid. setelah banyak kali plan nak pergi main, akhirnya menjadi jugak. hahahaha hampeh betul dengan kerja berlambak tu semua.

maaf, takde gambar. kehkehkehkeh.

siapa yang pernah main bowling dengan saya mesti tahu cemane gelagat saya. malas nak cakap lah seksaited saya main tu cemane. tak strike pun boleh menjerit melompat terduduk tu semua. memang fun! hikhik :D

memang fun sebab dapat budak ofis yang sporting dan ceria! hewhewhew

dan tak sangka pulak hari Jumaat lepas ada lah hari terakhir untuk supervisor kami. nasib baik tergerak hati plan main bowling Khamis tu sebab pagi Jumaat lepas baru dapat tahu. cis cis cis. semoga supervisor kami tu seronok bekerja kat tempat baru dia :D

no wonder lahhhh petang Khamis sebelum kami nak gerak ke Mid tu dia ada ajar saya dan sorang lagi budak cara cara nak buat report! cissss lagi. rupa rupa nya sebab nak gantikan tempat dia lepas ni -___-"

tapi nasib baik bukan saya sorang je yang kena buat. nasib ada yang akan membantu. phewww. lepas tu mula lah memasing menganjing, "wohoooo supervisor siot" sambil tangan dia tabik kat saya. ini adalah bengong ye kawan kawan. memang nak kena kasi tapak kat muka dia. kahkahkah

just because saya ada degree, terus dia lantik saya. WHATHE? hahahahaha matiklah lepas ni masuk meeting kena bash dengan pihak lain kalau kami tak siapkan data seperti yang ditetapkan. hoi nyampah lah camni. memang nak kena tarik sorang lah suruh back up time meeting nanti :(

saya akan buat selama mana pihak yang satu lagi tu berpuas hati dengan kerja kami! :) as long as bebudak team saya ada dengan saya. bila seseorang dah menghargai dan beri kepercayaan kepada kita, itu bermakna dia yakin bahawa kita mampu nak ambil alih tugas dia. phewww. scary kan bunyi nya? *perah peluh*






so sweet. kerja siapa ni? hahahahaha




ketemu lagi!

Wednesday, April 11, 2012

banyak cakap

hai! :D



cuti? kenapa cutiiiii? hwaaaa. tak suka cuti. serius. saya lagi suka bekerja dari bercuti sebab saya ada baaaaaaanyak kerja kena siapkan! dah lah semalam saya rasa macam orang penting je bila bos tunggu dokumen dari saya SAHAJA sebab orang lain dah siapkan part memasing. kahkahkah -___-"

bukan saya lambat siapkan, cuma saya kena tunggu confirmation dari department lain, lepas tu mereka kena pulangkan semula kat saya. mereka pulak banyak kerja, jadi saya kena tunggu. Z z z z Z z. pada jam tepat pukul 6.15 petang, selesai dah semua part saya, dan saya nampak bos tersenyum lebar sambil cakap kat kami semua,"wahhhh setel jugak kerja kerja kita weh". NAMPAK TAK BETAPA SEMORANG MENUNGGU KERJA DARI SAYA?

sebenarnya, department lain dah push push kami suruh siapkan cepat. tapi, kami ni cuma ada dua tangan dan sepuluh jari saja -..-



saya suka lihat orang sekeliling. dan semalam masa naik komuter nak balik rumah, saya duduk sebelah sorang perempuan ni. nampak lah kat tangan dia tu sedang pegang handphone. Sony Ericsson. model Experia. touch screen. dan saya ternampak skrin dia tertera applikasi WhatsApp. lepas tu nampak kat bahagian atas tu nama 'Abg Cyunk'. ohh okay. dia tengah ber-WhatsApp dengan kekasih dia. kehkehkehkeh biasalah. mata saya kan power boleh pusing 360 darjah.

biasalah, kalau sedang mesej atau WhatsApp dengan orang tersayang, mesti kita macam tunggu je reply dari dia. lepas tu handphone pun kita pegang je, bila mesej masuk, terus reply. dan saya usha memang bertalu talu lah handphone dia berbunyi.

tiba tiba handphone dia dah tak berbunyi. maksudnya, kekasih dia tak reply apa apa dah. dan saya tengok perempuan tu macam asyik tengok je skrin handphone dia. lepas dah agak lama tunggu, dia tutup applikasi tu, dan terus keluar ke home screen dan locked phone.

terus saya rasa macam . . . . . . . . "hey, saya pun dulu macam tu jugak!" so sad. hmmmm.




hey, saya nak tunjuk something ni! huehuehue


ini gambar tahun lepas. bulan Oktober. peha berlaga bila berjalan. seksa tahu tak? belum campur lagi badan rasa berat nak bergerak. tapi saya terfikir. macam mana dengan orang yang berat lebih dari 60kg atau 70 kg dan ke atas. mesti lagi penat kan? even berat saya sebelum ni 57kg atau 58kg pun dah membebel kat ayah, "ayahhhh, penat lah turun naik tangga." :( dan ayah hanya mampu gosok rambut saya sambil cakap,"alahaii..kesian anak ayah ni." kahkahkah -___-"


tapi sekarang?


hai. saya bersama dengan bancuhan air Tea Mix. hewhewhew. betul coach saya kabo yang nanti lama lama bila kita pakai jeans, kita akan rasa geli geli sebab longgar bahagian punggung. kahkahkah. dan paling ketara perubahan pada saya adalah bahagian peha dan punggung.

NO MORE PEHA BERLAGA! :D

sebab sekarang ni saya banyak bergerak. pepagi dah kejar komuter. kalau tetiba nampak komuter dah sampai di seberang platform, saya akan berlari naik jejantas. ini kisah benar. kehkehkehkeh dengan baju kurung tu lah saya berlari pepagi. lepas tu, bila dah sampai platform seberang sana, pintu komuter dah tertutup.

nak tahu apa perasaan saya?

TERIMA KASIH KOMUTER SEBAB KASI SAYA JOGGING PEPAGI NI DAN SAYA RASA LEMAK SAYA AKAN LEBIH TERBAKAR DENGAN ADA NYA HERBALIFE YANG SAYA MINUM KAT RUMAH TADI.

tapi, kengkadang saya sempat jugak melompat masuk dalam komuter, dan terus bersandar kat dinding sambil menarik nafas lega. orang yang berada dalam komuter semua tengok saya dan seolah olah nak cakap,"tahniah! berjaya jugak awak masuk" , tapi mungkin mereka segan nak cakap. saya faham tu.

dan saya dah jarang guna eskalator bila kat KL Sentral. tahu tahu je lah suasana KL Sentral bila time pagi semorang sibuk ke sana ke mari. kalau buat buat terlanggar bahu, lepas tu file terjatuh pun orang tak hirau pun. kaedah mengorat yang failed di KL Sentral.

tahu kan tangga yang nak naik ke platform LRT kat atas tu kan? ye, saya guna tangga tu untuk naik ke platform. orang lain semua guna eskalator. sebab nak cepat sampai atas, mungkin? tapi, saya kena cakap 'SAY NO TO ESCALATOR' sebab kalau dah kerja setiap masa duduk depan PC, bila lagi nak burn fat dengan buat banyak pergerakan? depan PC saya memang buat pergerakan, tapi pergerakan mulut untuk gelak ketawa -.-

setiap kali naik tangga tu, saya harap takde lah orang berkata kata dalam hati, "bajet nyeww budak ni naik pakai tangga." :(

tapi kalau dah sampai bangunan ofis, saya takdelah nak naik tangga untuk naik ke level 13. mungkin saya mati di level 10. lepas tu, takde orang jadi saksi pulak sebab semorang naik guna lif. baik jangan buat kan.



eh sambung nanti lah. ni lah bahana nya kalau saya ada masa lapang depan laptop, lepas tu taip kemain panjang lagi. penat orang nak membaca nya. entri pun bosan je. hewhewhew. nanti akan datang saya tepek perubahan pada muka saya setelah saya ber-HERBALIFE ni! :D


jumpa lagi!

Tuesday, April 3, 2012

nota malam lagi

hai! :D



menakjubkan tak sebab saya update entri malam ni? huehuehue sebenarnya saya sampai rumah tadi dalam pukul 9 malam tadi. disebabkan dapat tidur sekejap dalam komuter tadi, terus segar bila sampai rumah :P

lately ni saya sangat aktif kat ofis. bukan aktif yang biasa biasa, tapi aktif yang luar biasa. jalan ke sana ke mari, gelak besar, gelak terduduk kat lantai, gelak tekup muka kat meja, mulut tak henti henti bercakap sehingga kan akak ofis cakap, "Wani ni pot pet pot pet je. tak penat ke dari pagi sampai ke malam?"

kehkehkeh.

lepas tu ada yang menyampuk, "ni mesti ada berita gembira ni. asyik gelak je memanjang." terus aku gelak. haih. gelak lagi. tak tahu lah. mana lah ada berita gembira.

sebenarnya orang yang happy sehari suntuk gelak tak henti ni adalah orang yang paling penipu besar. penipu sebab pura pura gembira. menggembirakan hati orang lain, tapi hati sendiri berlubang lubang.

"Wani ni anti sosial lah. sesia je zaman remaja Wani." so sad. bukan anti sosial. bukan tak nak hang out dengan kengkawan, bukan tak nak join apa apa aktiviti dengan orang lain. tapi, sebab kekangan masa dan keadaan.

saya tahu ada kengkawan yang call untuk ajak keluar ramai ramai, jumpa jumpa, makan makan. tapi, saya tak jawab call mesej apa tu semua. mungkin lebih nak menghargai masa dengan famili? mungkin.

tapi untuk keluar dengan PH24 memang tak jadi masalah. why eh? saya ni memilih ke sebenarnya? saya selalu fikirkan tentang hal ini. kenapa dengan orang orang tertentu, saya laju je setuju "JOM!", tapi dengan orang orang lain saya macam "hmmmm. ntah lah"

kahkahkah saya dah boleh agak bila wedding saya nanti, siapa kengkawan yang akan datang. so sad. dan tak hairan lah kalau wedding saya nanti penuh dengan PH24 je. kahkahkah lagi.

nak blame siapa dalam hal ini? entah lah. kengkadang saya fikir, "ahhh aku tak sehebat mereka. takpelah. bukan diorang perasan pun aku ni wujud lagi ke tak. ramai lagi orang yang boleh ada dengan mereka"

saya ada alasan saya sendiri. lebih baik saya macam ni daripada hidup saya down tengok kejayaan orang lain. saya selesa begini, mungkin?

dan kengkadang saya fikir, "lebih baik tak payah nak ambil tahu hal orang lain. nanti bila dah tahu itu ini, mula lah hidup nak gelisah je. lantak lah diorang punya hal"

sedih. cukuplah saya dah rasa selesa dan bahagia macam ni. maafkan saya :')




oh dan terima kasih banyak banyak banyak banyak kepada Mimah sebab bersusah payah meredah hujan ribut taufan sanggup menghantar stok HERBALIFE ke ofis mak saya siang tadi! hikhikhik leffewwwww lah!

kali ni saya tambah stok untuk shake dan baru nak mencuba Tea Mix! nyumssss! strawberry flavour memang sedap. sebenarnya ada resipi yang lagi sedap untuk dicuba. tapi, saya ni degil tak nak try resipi tambah itu ini dalam shake tu. huehuehue tapi nasib baik boleh telan :D

perubahan?

tak best kan kalau takde gambar? nanti lah ye. huehuehuehue

sebelum ni berat saya tak konsisten. sekejap 58 kg, sekejap 57 kg, lepas tu naik balik 58 kg, lepas tu turun balik 56.5 kg. dan paling tinggi pernah mencatat berat sebanyak 59 kg :O

tapi sekarang? kekal 55 kg saja :D walaupun nampak macam takde lah turun 7 atau 10 kg terus, tapi nampak lah perubahan pada badan dan muka saya. at least, ada perubahan yang kita nampak kan?

hari tu pergi rumah makcik saya. dia tegur saya nampak kurus. wiwiwiwiwiwi. *jejoget*

sebenarnya saya dah seminggu terputus stok HERBALIFE ni, memandangkan kekangan masa untuk saya pergi mengambil stok. plus, coach saya Mimah tu pun busy dengan wedding abang nya. jadi, terstop sekejap.

tapi berat saya kekal 55 kg. saya pernah dengar orang kabo kalau stop HERBALIFE, berat akan naik semula. tapi macam tak je? tu mesti mentekedarah gila gila tuuu. jaga makan lah sikit oi.

so, lepas ni, sambung semula misi saya! ho yeahhh :D kasi bakar itu lemak!

Sunday, April 1, 2012

ayuh semua!

hai! :D



log in Yahoo Mail dan saya cek ada email dari Twitter. rasa macam dah lama tak on Twitter dan hari ni baru dapat log in Twitter dan seseorang telah mention nama saya dalam Tweet nya.



hahaha comel. TBH, time weekdays memang saya tak log in Blogger. kalau online pun, time pagi pagi bila sampai ofis untuk cek email. balik dah tentu sampai rumah dalam pukul 9 malam. ye, saya rajin buat OT sampaikan ada abang kat ofis tu tegur, "ohhh awak ni mesti nak kahwin ye? cari duit lebih ye?" saya hanya tergelak besar je lah.

and now, HAI! SAYA SEDANG UPDATE NI! kekekekeke. confirm anda akan temui entri terbaru saya dalam dua atau tiga minggu akan datang lagi :B

perjalanan hidup saya sekarang ni masih okay lagi, walaupun ada lah jugak sikit masalah itu ini, tapi, hey hidup harus diteruskan! saya masih ada lagi orang orang yang saya perlukan dalam hidup ini.

terima kasih Allah sebab saya sentiasa sibuk dengan kerja hingga boleh abaikan benda benda yang tidak perlu saya fikirkan sepanjang masa :')

suddenly, saya terfikirkan sesuatu. setiap pagi saya dengan perkhidmatan komuter dan suka perhatikan orang orang sekeliling. yep, masing masing dengan gadjet canggih di tangan. iPhone, Blackberry, Samsung (jenis Android), iPad, HTC. masing masing dengan telinga bersumbat, WhatsApp-ing, BBM-ing, SMS-ing, playing Youtube, tonton drama Korea.

saya?

cuma sabar menunggu, "bila lah komuter ni nak sampai KL Sentral ni?". dan cuma reply mesej dari mak dan ayah yang bertanyakan lokasi saya di mana, dah sampai ofis ke belum. dan kadang kadang buat saya terfikirkan sesuatu. semasa saya belum lagi mula bekerja, dah tentu saya full time berada di rumah dan saya boleh buat apa saja yang saya suka.

saya hargai masa saya di rumah dengan buat something yang berkaitan dengan aktiviti seperti baca Al-Quran, Al-Ma'thurat, solat Dhuha etc.

tapi sekarang? *tekup muka*

paling terkilan disebabkan busy dengan hal kerja sekarang ni, saya takde masa nak buat tiga aktiviti yang saya nyatakan di atas tadi. sangat sedih. syukur ibadah wajib masih lagi tak diabaikan. Alhamdulillah. mintak dijauhkan lah.

solat Dhuha. saya selalu sampai ofis paling awal 8 pagi. saya start pukul 8.45 pagi. kenapa saya tak boleh nak berlari sekejap ke musolla? why? why? time weekend dah tentu boleh luangkan masa sebab dah memang ada kat rumah kan.

Al-Quran. dulu sehari boleh dapat baca 3 atau 4 muka surat. but now? saya perlu lakukan satu perubahan. perlu, walaupun hanya satu muka surat. manusia tidak boleh lari dari mengemukakan alasan. betul kan, Hazwani?

Al-Ma'thurat. yes. zikir pagi dan petang. kenapa saya tak download dan tranfser ke handphone? time pagi sementara tunggu komuter dan petang time buat kerja, sumbatkan saja telinga dengan earphone. mulut ni ikutkan saja bacaan bacaan dalam video Youtube tu. I will do this for sure! :'D





benda benda ni buatkan saya terfikir tentang apa yang saya tinggalkan sejak saya tak full time berada di rumah. ayuh anda semua! :')